Wednesday, June 24, 2009

Ending

Perjalanan Drama Here And There sudah berakhir.

Setelah memikirkan tentang masa hadapan bersama orang sekeliling dan orang tersayang, pihak penulis blog Drama Here And There membuat keputusan untuk berhenti menulis bagi mengelakkan daripada perkara-perkara di luar batasan manusia daripada berlaku. Untuk tidak mengeruhkan keadaan dan dalam menjaga hati semua pihak, ini jalan yang terbaik.

Di kesempatan ini, saya Shuhada Rabi ingin memohon ampun dan maaf jika sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan hasil penulisan saya selama ini. Jika terdapat dalam kalangan pembaca yang kurang berpuas hati dengan penulisan saya, saya sedia menerima kutukan dan kritikan.

Pihak penulis juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan padu tanpa rasa penat terhadap blog ini. Tanpa sokongan anda, Drama Here And There tidak mungkin mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Mungkin penulis akan terus menulis, tetapi bukan personal blog lagi. Penulis akan terus mengejar impian untuk menjadi seorang freelance photojournalist. Sokongan padu dari anda amat diperlukan bagi melancarkan proses mengejar impian ini.

Saya akhiri blog saya dengan serangkap pantun,

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
kalau ada yg umur panjang,
boleh kita berjumpa lagi.

ASALAMUALAIKUM.




Cobalah mengerti
Setiap orang pasti punya
Keinginan yang tak sama
Kadang hasrat itu
Dapat melebihi sebuah cinta

Haruskah ku mengubur semua cita-cita
Demi mencintaimu kasih
Adakah kau berfikir
Sanggupkah kita trus bersama

Memang ini jalanku
Bukanku tak menyayangimu
Tapi cinta tak sekedar
Kata-kata indah

Memang ini jalanku
Tak perlu lagi kau sesali
Restui saja jalanku ini
Dan bahagialah kau meski tanpa diriku

8 comments:

  1. pihak penulis telah membuat keputusan untuk tidak memberi apa apa komen.

    terima kasih di atas keprihatinan anda.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. alamak cokelat tempoyak.. eh cokelat durian da tade.
    gile sedih ! :(

    ReplyDelete
  4. tiada cokelat tempoyak mahupun cokelat durian lagi selepas ini.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  5. kenapa ni cik syu.?
    xbesh l0rh cmni.xde smngt laa nk berbl0g lagi. .

    ReplyDelete
  6. Pihak penulis blog memohon maaf kepada pembaca sekiranya pemergian penulis dari dunia blog ini membuatkan pembaca kurang semangat dan minat untuk menulis lagi.

    Pihak penulis masih mengikuti perjalanan blog anda.

    =)

    ReplyDelete
  7. tidakk!!!!!
    tiada lg cerita dan ayat2 yg menciut hati ke??

    ReplyDelete